Wednesday, January 21, 2009

Kisah Silam

Aku ni bukan la umat yang marhein..sekadar manusia yang penah bergelomang dosa..yang mencari kembali sinar di jiwa buat bekalan untuk menghadap Yang Maha Esa..Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang dari mak ayah aku..Dari kecik sampai ke dewasa aku tak pernah berpisah dengan mak ayah aku..Aku dijaga rapi.. di berikan pendidikan yang cukup,pendidikan agama yang cukup, terima kasih mak..terima kasih abah..Aku ingat lagi masa aku dapat keputusan cemerlang dalam SPM.. mak menangis kesyukuran..Abah tersenyum kegembiraan.. Alhamdulillah..dapat juga aku keputusan yang cemerlang..Walaupun selama ni mak dgn abah cukup tegas dengan aku..Sampai aku form 5 aku masih tak dibenarkan untuk keluar dengan kawan-kawan,berjalan-jalan dibandar..ke mana aku pergi mesti bapak aku akan ikut sama..Sampai kawan-kawan gelarkan aku anak emas..Marah giler jugak waktu tu dengan mak abah..SPM aku pangkat 1 dan aku jadi pelajar cemerlang dalam sekolah aku..Alhamdulillah..
Sementera tunggu panggilan UPU,aku keje dekat sebuah kilang..Kat situ lah sikit-sikit aku diberi kebebesan oleh orang tua aku untuk mengaturkan hidup aku sendiri..Aku mula kenal erti duit,kepayahan nak mencari duit demi sesuap nasi..Ada 4 bulan jugak aku keje kat kilang tu..Masa 1 hari keputusan UPU keluar,kawan baik aku telefon aku..dia kata application aku untuk masok U di terima..rasa macam tak percaya..aku call no UPU ulang-ulang kali..Lepas tu aku bagi abah dengar..abah usap2 kepala aku..lps ni belajar pandai2.. tapi dalam gembira-gembira..mak dah tarik muka..dah buat muka sedih..dah mula lah air mata dia meleleh sebab sedih aku nak tinggalkan mak..Aku dapat tawaran kat IPTA kat selangor..masa pendaftaran tu..badan aku rasa seram sejuk lak..maklomla..ni la 1st time aku kene duduk jauh dengan mak abah..masa mak dengan abah nak balik..mak dah start meleleh lagi air mata nya..adoii.. dengan aku skali meleleh air mata..sedih..kene berpisah dgan mak..aku kene kuatkan hati..mak..anak mak pegi untuk 4 tahun je..nnti kita jumpa lagi mak..
Seminggu yang pertama masa kat U..memang perit sangat aku rasa..kene mengadap minggu orientasi..tdo pukul 2pagi..bangun kol 4 pagi..mak!!! tak tahan !! macam ni lah agaknya smua orang rasa masa baru-baru bergelar mahasiswa kan..Ini cabaran baru dalam hidup aku..
Aduh..sakitnye kepala aku ni..banyak kerja nak kena aku siapkan..Macam ni lah nasib org kerja makan gaji..Dalam banyak-banyak kerja..sempat jugak aku buka blogger..tiba-tiba dapat gak idea untuk luahkan perasaan..Minggu depan kawan baik aku kawin..kene lah aku rewang ( org johor slalu guna ayat ni time2 nak tolong jiran jiran buat kerja kawin ) tak pelah.. lagi pun kawan baik dari sekolah tadika lagi.
Tetiba aku teringat kisah semalam..masa aku keluar dari surau.. ada seorang ustaz menegur aku. Seronok berbual dengan dia.. dkat pukul 1 jugak la abis berborak dengan ustaz ni..aku gelar dia ustaz universe. Sebab pandai masok cerita..senang kata boleh masuk kepala la dengan apa yang dia bualkan..dari kisah datang dari kampung yang sama..(kata nya sama kampung dengan aku.. batu pahat nun) sampai lah isu minyak,isu pemimpin,isu pendatang haram,isu sosial..seronok jugak berbual dengan ustaz muda ni..
Satu soalan ustaz tu yang tak boleh aku nak describe sampai skg..apa sebenarnya motif kita hidup dalam dunia ni..adakah cuma semata-mata bersujud kepada Allah Taala? aku jawab lah apa yang aku tau berbekalkan pengetahuan agama aku yang tak lah tinggi melangit. Ustaz tu menepuk bahu aku..Tersenyum panjang dia..Senyuman dia memang betul betul boleh menyejukkan hati sesiapa pun yang melihatnya. Nampak keikhlasan dalam dia berdakwah. ~Hidup ni bukan sekadar mencari bekalan untuk akhirat..kita kena bangun..bangunkan semula Islam yang dah terlampau lama di tindas..Umat Islam masih alpa dan masih leka.. Bangsa-bangsa arab masih lagi bermegah dengan keturunan dan nasab mereka..Terlalu taksub dengan asabiyah..tanpa mereka pedulikan dan sedar semua tu sekarang dah tak ada makna sebab islam semakin lama semakin ditindas semakin malap kerana sikap umat Islam tu sendiri~
Ini lah kata-kata ustaz muda yang membuatkan aku terfikir..aku pun sama ke? terlalu lalai dan alpa sampai tak terfikirkan semua yang ustaz tu hujahkan..Bersikap terlalu keindividuan..sampai alpa dan leka apa matlamat utama dalam kehidupan.Lama aku terfikir panjang..dari baring atas sofa di depan televisyen sampai la baring atas katil tangan aku masih aku letakkan kat dahi..berfikir panjang apa yang dibualkan dengan ustaz tadi. Sedar tak sedar dah pon pukul 4 pagi..Masih banyak lagi ilmu yang kene aku kene gali..Allah.. rasa jahil sangat aku ni.. ditambah pulak dengan sejarah lama yang buat aku betul-betul insaf..